Friday, August 28, 2009

phD

actually, hari ni aku terkejut sgt...aku bukak blog kengkawan...adalah 2 blog ni yg owner blog tu marah2...nak tau kenapa? coz phD ni la....PERASAAN HASAD DENGKI....ada org dengki, komen ngarut2 kat shoutbox derang...napela camtu, ye? sedih sgt aku rs, terpanggil wat entry ni.... buat sesiapa yg ada phD ni,please la muhasabah balik diri kita...

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidak berkumpul di dalam hati seorang manusia antara iman dan dengki"

Huraian
1. Hasad dengki itu adalah seumpama api yang akan memakan segala kebaikan yang dilakukan oleh seseorang seperti api yang membakar kayu.
2. Adanya perasaan dengki menunjukkan iman seseorang itu belum sempurna malah dengki merupakan sifat yang diwarisi daripada syaitan. Kerana dengkilah maka syaitan menggoda Adam a.s hingga terkeluar daripada syurga dan kerana dengki juga maka terjadinya pembunuhan di antara Qabil dan Habil.
3. Seorang pujangga Arab pernah berkata: "Orang hasad tidak akan senang hidupnya dan orang bakhil tidak akan berbudi dan tidak dapat dijadikan kawan orang yang selalu jemu dan tidak ada kemanusiaan bagi pendusta. Dan tidak dapat diterima pendapat orang yang khianat dan tiada budi bagi orang yang tidak berakhlak.
4. Dengki yang diharuskan dalam Islam hanyalah dengki yang menjadikan manusia berebut-rebut melakukan kebaikan seperti berlumba-lumba menuntut ilmu atau berlumba-lumba melakukan ibadat dan yang seumpamanya.


kenapa ye kita perlu berdengki.... aku ada petua utk elak dengki n riak...aku slalu pk camnila, kita mesti pk yg if kita bagus, ada org lebih bagus dr kita...n if kita kurang, ada org lebih kurang dr kita...so, bl kita pk cenggitu, insyAllah, kita akan sentiasa redha n bersyukur pada segala rezeki n ujian dr Allah...

harap kita sama2 buang ye phD yg tak baik tu....

No comments:

Post a Comment